Sunday, February 19, 2012

Lelaki dirimu Seorang Imam


Assalamulaikum

Lama sungguh tidak update blog

Cuma sangat teringin hendak tahu, apakah pekembangan alfetih1453 hingga terfikir juga hendak tulis blog....

*************************************************************************************

Kisah pertama
" Along, boleh ke puasa pada hari Isnin?"
Entahllah, tapi kawan-kawan along suka puasa...boleh puasa tu....

"kalau berwudauk darah keluar pada hidung, batal ke tidak wuduk?"

Pastinya soalan-soalan ini datang pada seorang adik kepada abangnya?

Dan semestinya, sebagai seorang lelaki, kita mestilah bersedia untuk mengetahui lebih dari itu.
Kita hendaklah mengetahui HAKIKATNYA: kita adalah bakal suami kepada seorang wanita dan zuriat kita.

Oleh itu, adakah kita sudah benar-benar bersedia menghadapi perkara ini?

Adakah kita sudah bersedia untuk menjadi imam kepada isteri kita dan anak-anak kita ketika solat ?

Adakah kita sudah bersedia menjadi imam kepadanya (Isteri) perihal selok-belok kewaniataanya. Kita harus faham, takdirnya apabila kita bersetuju melafazkan akad nikah, maka beliau dibawah tanggungjawab kita selagi jodoh ditanggung badan dan insya Allah sampai ke syurga.


Baiklah, adakah kita bersedia menghadapi situasi begini :

"Abang, saya lupa nak Qada puasalah tahun lepas, apa yang perlu saya buat ya?"

Emm, en google kan ada....search sahaja

"Abang, kurang fahamlah....

Tidak mengapa, ustaz Youtube kan ada

(adakah ini, situasi jawapan kita sebagai seorang suami?)

* bagaimana dengan bab haid / aurat / dll

Kadang-kala memang kita tidak tahu, bukankah molek sekiranya kita dan isteri kita melapangkan masa untuk bertemu dengan ustaz/ah atau mengikuti majlis ilmu untuk kesenangan bersama.

*****************************************************************************************************************

Ketahuilah, seorang muslimat itu inginkan seorang imam; dan imam itu adalah suaminya !!

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

Lelaki....

"selagi nyawa ditanggung badan, selagi diri dileburkan dalam Islam...tanggungjawab selaku seorang pemimpin tidak akan padam"

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekelian akan ditanya perihal kepimpinan kamu.

Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya.

Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya.

Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya.

Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya.

Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya.

Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. “

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Friday, November 25, 2011

Rentetan Kisah Penghijrahan : Generasi Terdahulu (Bahagian 1)

Seringkali apabila Muharam kian tiba, maka kisah penghijrahan Nabi Muhammad mula mengambil tempat di kalangan Masyarakat. Namun, pada entry kali ini, saya lebih berminat untuk berkongsi mengenai kisah Hijrah generasi masa lampau.




  • Penghijrahan nabi Adam dan isterinya Hawa dari syurga setelah mereka berdua melanggar larangan Allah untuk tidak memakan buah dari pohon tertentu yang menyebabkan mereka diturunkan ke bumi. Firman Allah Taala :

    قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

    Kami berfirman lagi : Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari Aku ( melalui para rasul dan kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka ), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan ( dari sesuatu yang tidak baik ) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (al-Baqarah : 38).


  • Penghijrahan nabi Nuh bersama-sama pengikutnya yang sedikit dengan sebuah bahtera yang dibina diatas bukit dan mengikut haluan bahtera yang telah ditakdirkan Allah Taala.
    Allah berfirman :
  • حَتَّى إِذَا جَاءَ أَمْرُنَا وَفَارَ التَّنُّورُ قُلْنَا احْمِلْ فِيهَا مِنْ كُلٍّ زَوْجَيْنِ اثْنَيْنِ وَأَهْلَكَ إِلَّا مَنْ سَبَقَ عَلَيْهِ الْقَوْلُ وَمَنْ آمَنَ وَمَا آمَنَ مَعَهُ إِلَّا قَلِيلٌ * وَقَالَ ارْكَبُوا فِيهَا بِاسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

    ( Nabi Nuh terus bekerja ) sehingga apabila datang hukum kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi ( yang menandakan kedatangan taufan ), Kami berfirman kepada nabi Nuh : Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan ( jantan dan betina ), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab keatasnya ( disebabkan kekufurannya ), juga bawalah orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya melainkan sedikit sahaja. (Hud:40,41).

  • Penghijrahan nabi Ibrahim dan sepupunya Luth dari Iraq ke Syam. Firman Allah:

    وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ

    Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke negeri yang telah Kami limpahkan barakah padanya untuk umat manusia. (al-Anbia’: 71).


  • Penghijrahan nabi Ibrahim bersama anaknya dan isteri tercinta ke semenanjung tanah Arab. Firman Allah Taala :

    رَبَّنَا إِنِّي أَسْكَنْتُ مِنْ ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِنْدَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُمْ مِنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

    Wahai tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku disebuah lembah ( tanah suci makkah ) yang tidak ada tanaman padanya, disisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai tuhan kami! ( mereka ditempatkan disitu ) supaya mereka mendirikan sembahyang ( dan memakmurkannya dengan ibadat ). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik dan gemar kepada mereka, ( supaya datang beramai-ramai kesitu ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka, dari berbagai-bagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman semoga mereka bersyukur. (Ibrahim:37).

  • Penghijrahan nabi Yunus dengan bahtera dari daerah “Nainawa”. Allah berfirman :

    وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

    Dan ( sebutkanlah peristiwa ) zin nun, ketika ia pergi ( meninggalkan kaumnya ) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan ( setelah berlaku keatasnya apa yang berlaku ) maka ia pun menyeru dalam keadaan gelap gelita dengan berkata : Sesungguhnya tiada tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau ya Allah. Maha suci Engkau ( dari melakukan aniaya! Toonglah daku )! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (al-Anbia’: 87).

  • Penghirahan nabi Yusuf ke Negara Mesir. Firman Allah Taala:

    ووَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ الزَّاهِدِينَ

    Dan ( setelah berlaku perundingan ) mereka menjual Yusof dengan harga yang murah, beberapa dirham sahaja bilangannya dan mereka adalah dari orang-orang yang tidak menghargainya. (Yusuf: 20).

  • Penghijrahan nabi Yaakub dan anak-anaknya dari Syam ke bumi Mesir selepas yakin bahawa anaknya yang hilang dahulu itu (Yusuf) ada di sana dan beliau teringin untuk menemuinya. Allah berfiman :

    ققَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ * اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَذَا فَأَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ

    Yusuf berkata : Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan ( tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu ), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan dialah jua yang amat mengasihani yang segala yang lain yang mengasihi. Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan ia pada muka bapaku, supaya ia dapat melihat dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu sekaliannya (Yusuf:92,93).

  • Penghijrahan nabi Musa dari Negara Mesir ke daerah Madyan dimana baginda telah membunuh seorang lelaki berbangsa qibti. Firman Allah Taala :

    ففَخَرَجَ مِنْهَا خَائِفًا يَتَرَقَّبُ قَالَ رَبِّ نَجِّنِي مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

    Maka Musa keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil mendengar-dengar ( berita mengenai dirinya ) serta berdoa dengan berkata : Wahai tuhanku! Selamatkanlah daku dari kaum yang zalim . (al-Qosos:21).

  • Penghijrahan nabi Musa dari daerah Madyan kembali ke kampung halamannya Mesir. Firman Allah :

    ففَلَمَّا قَضَى مُوسَى الْأَجَلَ وَسَارَ بِأَهْلِهِ آنَسَ مِنْ جَانِبِ الطُّورِ نَارًا قَالَ لِأَهْلِهِ امْكُثُوا إِنِّي آنَسْتُ نَارًا لَعَلِّي آتِيكُمْ مِنْهَا بِخَبَرٍ أَوْ جَذْوَةٍ مِنَ النَّارِ لَعَلَّـكُمْ تَصْطَلُونَ

    Setelah Musa menyempurnakan tempoh kerjanya itu, dan ( mendapat izin ) berjalan dengan isterinya ( kembali ke Mesir ), ia melihat ( dalam perjalanan itu ) api dari sebelah gunung tursina. ( ketika itu ) berkatalah ia kepada isterinya : Berhentilah; Sesungguhnya aku ada melihat api, semoga aku dapat membawakan kepada kamu sesuatu berita dari situ, atau sepuntung dari api itu, supaya kamu berdiang. (al-Qosos: 29).

  • Penghijrahan nabi Musa dari negara Mesir ke Palestin bersama Bani Israil. Firman Allah Taala:

    ييَا قَوْمِ ادْخُلُوا الْأَرْضَ الْمُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ وَلَا تَرْتَدُّوا عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

    ( Nabi Musa berkata lagi ): Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci ( Palestin ) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu ( memasukinya ): dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, ( kalau kamu undur ) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi ( di dunia dan akhirat ). (al-Maidah: 21).

  • Penghijrahan beberapa orang remaja (ashaabul kahfi) yang mana mereka telah lari dari kerajaan demi menjaga aqidah yang suci. Firman Allah Taala:
  • إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

    ( Ingatkanlah peristiwa ) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai tuhan Kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinnya kepada kami untuk keselamatan agama kami. (al-Kahfi: 10).


    Sahabatku....inilah dia kisah penghijrahan golongan yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka bukan sahaja mendapat pangkat Rasul (kecuali Ashabul Kahfi) di dunia malah terkandung dalam al-Quran lantaran kehebatan pengorbanan yang mereka lakukan.


    Astronomy Picture of the Day